Selasa, 31 Desember 2013

SEGERA Mayat Kanak Kanak 12 Tahun DIBUNUH DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking

SEGERA: Mayat Kanak-Kanak 12 Tahun DIBUNUH, DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking


KLANG – Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemui di kawasan meletak kenderaan di Bukit Tinggi malam tadi.
Mayat ditemui seorang wanita jam 10:30 malam tadi sebelum saksi melaporkan kejadian kepada polis.
Mangsa dikenali sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor.
Menurut ibu bapa mangsa, anaknya keluar bermain jam 12 tengahari semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga malam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusof berkata pemeriksaan awal mendapati ada kesan pendarahan pada kemaluan mangsa.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Klang untuk bedah siasat.
Setakat ini dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Blogger - Posts · Comments
Powered by Blogger