Kamis, 27 Februari 2014

Datuk Rossa Afgan Bakal Hangatkan Kejutan AIM20


Edisi ke-20 anugerah paling berprestij negara, Anugerah Industri Muzik yang dijadualkan berlangsung bulan depan menjanjikan hiburan terbaik buat penonton dan preminat muzik tempatan dengan barisan penyampai dan persembahan artis yang hebat. Dan pastinya pada malam itu penuh dengan kejutan.

Dianggap sebagai Anugerah Grammy Malaysia, “Meraikan Kemuncak Segala-galanya” dipilih sebagai tema tahun ini. Acara ‘black tie’ inni akan menjadi satu majlis istimewa sempena sambutan ulangtahun ke-20 AIM yang selama ini telah menjadi platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada para karyawan dan penggiat industri muzik yang telah berjaya mengtinjauankan karya terbaik dan yang telah menaburkan jasa di dalam industri muzik Malaysia.

AIM20 menjanjikan sambutan yang sangat meriah dengan pemilihan barisan gabungan artis terkemuka yang lama dan baru termasuk Dato’ Siti Nuhaliza, Ning Baizura, Hafiz, Shila Amzah, Spider, DJ Fuzz, Fredo (Flybaits), Hyper Act, Juzzthin, Mas Idayu dan W.A.R.I.S

Selain itu, dua artis dari Indonesia iaitu Datuk Rossa dan Afgan turut bakal menghangatkan lagi persembahan pada malam itu.

“Tidak seperti tahun-tahun sudah, istimewanya sempena tahun ke-20 AIM, pihak kami akan menampilkan satu pendekatan yang berbeza dari segi persembahan para artis. Persembahan-persembahan artis kali ini punya konsep menarik yang tersendiri.

“Kita juga tetap akan tonjolkan artis-artis baru tapi juga dengan pendekatan yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza itu, kena lah nantikan pada malam Kemuncak Segala-galanya. Selain itu, kali ini kita mengundang dua artis dari Indonesia kerana sesai dengan konsep persembahan yang akan ditonjolkan pada malam itu nanti”, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM20, Rosmin Hashim ketika ditemui pada sidang media bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

Personaliti TV dan nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Datuk Aznil Hj. Nawawi dan Nabil Ahmad akan digandingkan buat pertama kali sebagai pengacara AIM20.

Sementara itu, malam itu juga turut dimeriahkan dengan barisan penyampai anugerah yang terdiri daripada artis popular iaitu Adi Putra, Akim Ahmad, Amy Search, Ashraf Muslim, Awie, Dato’ M. Nasir, Erra Fazira, Ferhad, Hanif (Era. FM), Jaclyn Victor, Khairul Anuar Salleh, Nabila Huda, Norman Abdul Halim, Noryn Aziz, Rosmin Hashim, Soo Wincci, Zahid (Era.FM) dan Zainal Abidin.

AIM20 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 14 Disember 2013 bermula dengan acara “Karpet Glamour AIM20″ pada jam 8.30 malam dan acara secara langsung pada pukul 9 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104) dan di Maya HD (saluran 135). – Malaysian Digest

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Blogger - Posts · Comments
Powered by Blogger